1. PENGENALAN
Badan Wakil Pelajar atau
singkatannya BWP adalah ditubuhkan sebagai sebuah badan kebajikan dan kerjasama
pelajar dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ke
arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara, disamping
menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyuburkan bakat
kepimpinan serta nilai-nilai demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.
2. MISI & OBJEKTIF
Misi utama BWP adalah membantu Maktab mencapai
matlamat Maktab melalui usaha-usaha dan kerjasama yang padu bagi mempastikan:
a.
Moto MRSM “Berdisiplin, Berilmu dan Beramal “ adalah dijunjung
dan diamalkan
oleh setiap pelajar.
b. Prinsip-prinsip
dan etika hidup pelajar MRSM adalah sentiasa dihormati dan diamalkan oleh
setiap pelajar.
c. Setiap
pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang
sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
Dalam misi di atas terkandung objektif BWP iaitu:
a. Memupuk dan membina sebuah
masyarakat pelajar yang bersatu, berdisiplin, berilmu dan beramal.
b. Memupuk
dan menyuburkan ‘ budaya Ilmu’ dan ‘budaya cemerlang’ dikalangan pelajar.
c. Memupuk dan menyuburkan
bakat kepimpinan, kreativiti dan potensi pelajar di bidang akademik dan
kokurikulum.
d. Memelihara dan
mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan hubungan kerjasama di antara pelajar
dengan guru, kakitangan dan pentadbiran Maktab/ MARA amnya.
e. Memelihara kepentingan dan kebajikan
pelajar mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment