Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday 21 December 2011

Good Luck Calon PMR yang Akan Mengambil Keputusan Esok

Salam.
Salam Sejahtera.
Selamat Petang.


Selamat dan Selamat . . . 
buat semua pelajar Tingkatan 3
seluruh Malaysia amnya 
dan 
khususnya buat mereka yang menuntut di MRSM Alor Gajah



Esok merupakan tarikh rasmi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan keluar.










20 Disember 2011


Justeru, dengan sukacitanya BWP AG ingin mengucapkan GOOD LUCK kepada semua calon PMR 2011 khususnya buat pelajar MRSM AG.

Semoga usaha anda selama ini dibalas dengan keputusan yang cemerlang.
InsyaAllah. Amin.



semoga A+ semuanya. Amin.

Tetapi, diingatkan juga kepada calon MRSM AG yang bakal mengambil keputusan mereka esok pagi, ada sedikit pesanan daripada pihak maktab,

source: homepage MRSMAG


Syarat Pakaian    : i ) Baju Kemeja atau kemeja-T berkolar
 ii ) Jeans tidak dibenarkan
  iii ) Berkasut
Tempat  : Dewan MRSM Alor Gajah 



semoga kita semua dapat mengharumkan nama MRSM Alor Gajah.

p/s: apapun keputusan yang anda dapat, bersyukurlah. 

terlebih dahulu, sekalung tahniah dari kami.








Friday 9 December 2011

Selamat Menjalankan Tugas Buat Semua Sukarelawan MRSM AG





Salam.

Bermula pada 12 Disember 2011 sehingga 16 Disember 2011, pihak MRSM Alor Gajah akan mengadakan Ujian Kelayakan Kemasukan ke MRSM (UKKM) serta temuduga untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 2012.

Sehubungan dengan itu, pihak maktab telah memohon jasa baik para pelajar MRSM Alor Gajah untuk turut serta membantu dalm melancarkan perjalanan program tersebut. Seramai hampir seratus sukarelawan MRSM Alor Gajah telah mendaftarkan diri untuk turut serta dalam menjayakan program ini.

Di kesempatan ini juga, pihak BWP MRSM Alor Gajah ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik para sukarelawan yang telah mendaftarkan diri kira-kira sebulan yang lalu. Kami juga mengucapkan, selamat datang dan selamat kembali ke maktab yang tercinta.



Semoga pengorbanan dan keihklasan anda semua akan dibalas oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Dipetik dari KJ Mathemathics :


Kami (pihak maktab) faham,it disturbing your holiday, but I do believe, Allah 
akan bls kebaikan semua. InsyaAllah. Kami juga mengucapkan ribuan terima 
kasih atas kesudian semua sukarelawan yang telah mendaftarkan diri. Doa 
kami sentiasa mengiringi kalian semua. Selamat menjalankan tugas. 

Mari kita renungkan hadis di bawah. Moga kita sama-sama dapat memperbetulkan niat. InsyaAllah, besar ganjaran dari-Nya. Wallahualam.
Niat Yang Ikhlas:


 (Maksudnya): Diriwayatkan daripada Abi Hafsin Umar bin al-Khattab r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud):“Sesungguhnya segala amalan (ibadat) itu dinilai mengikut niatnya, dan sesungguhnya diberi ganjaran bagi seseorang itu (ganjaran) apa yang diniatkannya. Maka siapa yang hijrahnya kepada (keredaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (diredai) Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang untuk wanita hendak dikahwininya atau tujuan keduniaan yang diingininya, maka hijrah terpulang kepada apa yang diniatkannya.”(Muttafaqun ‘alaih)




Huraian:


Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa segala amalan berasaskan kepada niat. Amal ibadat yang dilakukan tanpa niat adalah tidak sah. Orang yang melakukan suatu amalan dengan niat yang ikhlas, maka akan mendapat balasan di sisi Allah. Sesiapa yang melakukannya tanpa niat yang baik (ikhlas), maka terserahlah kepada perkara yang diniatkan itu.