Create your own banner at mybannermaker.com!

MISI dan OBJEKTIF


1.         PENGENALAN
Badan Wakil Pelajar atau singkatannya BWP adalah ditubuhkan sebagai sebuah badan kebajikan dan kerjasama pelajar dalam menjaga kepentingan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan pembangunan bangsa dan negara, disamping menjadi titian atau landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan serta nilai-nilai demokrasi dan kerjasama di kalangan pelajar.

2.         MISI & OBJEKTIF
Misi utama BWP adalah membantu Maktab mencapai matlamat Maktab melalui usaha-usaha dan kerjasama yang padu bagi mempastikan:
a.           Moto MRSM “Berdisiplin, Berilmu dan Beramal “ adalah dijunjung
dan diamalkan oleh setiap pelajar.
b.         Prinsip-prinsip dan etika hidup pelajar MRSM adalah sentiasa dihormati dan diamalkan oleh setiap pelajar.
c.         Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan yang sewajarnya mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Dalam misi di atas terkandung objektif BWP iaitu:
a.         Memupuk dan membina sebuah masyarakat pelajar yang bersatu, berdisiplin, berilmu dan beramal.
b.         Memupuk dan menyuburkan ‘ budaya Ilmu’ dan ‘budaya cemerlang’ dikalangan pelajar.
c.         Memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan, kreativiti dan potensi pelajar di bidang akademik dan kokurikulum.
d.         Memelihara dan mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan hubungan kerjasama di antara pelajar dengan guru, kakitangan dan pentadbiran Maktab/ MARA amnya.
e.         Memelihara kepentingan dan kebajikan pelajar mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment