Create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday 29 November 2011

Salam Perkenalan

.


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Ini merupakan blog rasmi Badan Wakil Pelajar MRSM Alor Gajah.

Badan wakil pelajar atau singkatannya BWP merupakan suatu unit kepimpinan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Setiap MRSM wajib untuk membentuk unit kepimpinan ini yang mana tugas mereka adalah untuk mewakili para pelajar dan menyampaikan suara rakyat atau suara pelajar-pelajar MRSM masing-masing ke pihak atasan. Dalam erti kata lain, BWP merupakan perantaraan antara pihak pengurusan maktab dengan para pelajar. Pemilihan BWP ini tertaluk kepada kuasa para pelajar untuk mengundi pemimpin mereka. Pilihan raya maktab akan diadakan setiap tahun untuk para pelajar mengundi pemimpin mereka.



wajah ceria penasihat BWP MRS ALOR GAJAH,
Miss Mushala Ahmad

Sehubungan dengan itu, kami menggunakan blog ini sebagai suatu medium perhubungan kami dengan para pelajar untuk mereka mengetahui perkembangan serta aktiviti yang pihak kami telah, akan mahupun sedang dijalankan. kami juga berkongsi seberapa banyak ilmu dan tips berguna kepada para pembaca secara khususnya dan para pelajar secara amnya. Diharap para pelajar juga dapat memberikan respons serta galakan ataupun cadangan untuk menambah baik lagi unit kepimpinan ini. 

Bersama kita mengorak langkah ke arah kecemerlangan sejagat.


By: Cik S/U 

No comments:

Post a Comment